Thursday, August 6, 2009

PENGHARGAAN


TERIMA KASIH YB.


Baru - baru ini pada bulan Jun 2009, satu Majlis Kenduri kesyukuran membabitkan penduduk Kampung Parit Mahang , telah diadakan di rumah Setiausaha JKKKP Kampung Parit Mahang ,En. Zailan bin Hassan. Seterusnya, dirasmikan oleh , YB DATO' HJ AMIRUDDIN BIN SETRO, Dun Jeram, justeru itu beliau juga telah menyampaikan cenderahati berupa Hamper kepada semua Warga Emas Kampung Parit Mahang yang berumur 70 tahun keatas dimana jumlahnya adalah seramai 50 orang .Ini adalah sebagai tanda mengenang jasa mereka.
Masyarakat Kampung Gotong Royong membuat persediaan memasak.

Wednesday, August 5, 2009

PERNIAGAAN ORANG KAMPUNG

Ini adalah beberapa jenis perniagaan penduduk Kampung Parit Mahang.













Thursday, May 7, 2009

PONDOK TELEFON AWAM



Salah satu Pondok Telefon Awam yang digunakan oleh penduduk Kampung ,untuk mereka yang tidak memiliki telefon bimbit sendiri .Ini adalah kerana telefon TM yang disambung kerumah sebelum ini tidak dapat digunakan lagi akibat wayarnye telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab / menghargai kemudahan yang sedia ada.Walau bagaimanapun pihak TM sedang berusaha untuk memulihkan keadaan berikut,kerana telefon adalah penting untuk segala urusan.

Thursday, April 30, 2009

PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA ( PKK )

Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu Penduduk Kampung menambah pendapatan hasil dari pembelajaran yang mereka pelajari dari Guru Kelas PKK .Dimana Kelas PKK ini juga banyak juga kelebihannya , dimana setiap tahun pihak KEMAS akan menyediakan kursus-kursus yang sesuai mengikut individu itu sendiri secara PERCUMA,setiap peserta yang dipilih mengikuti kursus tersebut akan diberi alaun untuk berapa hari mereka megikutinya.

KELAS SEDANG BERJALAN

Kelas ini untuk sementara ditempatkan di rumah En.Zailan ,sehingga bangunannya didirikan,masih dalam perancangan.Kelas ini beroperasi setiap bulan ,pada hari Khamis minggu pertama dan kedua.Sambil mengikuti kelas saya juga mengambil kesempatan memperkenalkan komputer dan bagaimana melayari internet untuk menarik minat terutama surirumah.Dengan demikian mereka juga dapat memahami akan perubahan terbaru mengenai teknologi IT terkini.


Wednesday, April 15, 2009


Pengenalan PD Parit Mahang.


Tempat penduduk kampung Parit Mahang dan sekitar menimba Ilmu Pengetahuan.Dimana setiap hari lebih Kurang 20 orang komuniti mengunjungi PD ini bagi menambah Ilmu dan mendapat Info terbaru dari sini.Dimana 5 kampung berhampiran hanya Kampung Parit Mahang yang disediakan Perpustakaan Awam.Pembantu PD sekarang adalah Puan Yusjalila bte Mat Khamis.Penduduk tempatan Kampung Parit Mahang.Oleh yang demikian tiada masaalah bagi beliau untuk berkomunikasi terhadap penduduk sekitarnya.














Ini adalah Pembantu Pembersihan dan Pencucian PD Parit Mahang.Puan Ngadiah bte Juwahir, berumur 45 Tahun.Beliau baru sahaja mula bertugas pada 14 April 2009.Dalam satu hari beliau diberi kerja pembersihan luar dan dalam selama 2 jam sahaja.