Ini adalah beberapa jenis perniagaan penduduk Kampung Parit Mahang.
Wednesday, August 5, 2009
Thursday, May 7, 2009
PONDOK TELEFON AWAM
Salah satu Pondok Telefon Awam yang digunakan oleh penduduk Kampung ,untuk mereka yang tidak memiliki telefon bimbit sendiri .Ini adalah kerana telefon TM yang disambung kerumah sebelum ini tidak dapat digunakan lagi akibat wayarnye telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab / menghargai kemudahan yang sedia ada.Walau bagaimanapun pihak TM sedang berusaha untuk memulihkan keadaan berikut,kerana telefon adalah penting untuk segala urusan.
Thursday, April 30, 2009
PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA ( PKK )
Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu Penduduk Kampung menambah pendapatan hasil dari pembelajaran yang mereka pelajari dari Guru Kelas PKK .Dimana Kelas PKK ini juga banyak juga kelebihannya , dimana setiap tahun pihak KEMAS akan menyediakan kursus-kursus yang sesuai mengikut individu itu sendiri secara PERCUMA,setiap peserta yang dipilih mengikuti kursus tersebut akan diberi alaun untuk berapa hari mereka megikutinya.
KELAS SEDANG BERJALAN
Kelas ini untuk sementara ditempatkan di rumah En.Zailan ,sehingga bangunannya didirikan,masih dalam perancangan.Kelas ini beroperasi setiap bulan ,pada hari Khamis minggu pertama dan kedua.Sambil mengikuti kelas saya juga mengambil kesempatan memperkenalkan komputer dan bagaimana melayari internet untuk menarik minat terutama surirumah.Dengan demikian mereka juga dapat memahami akan perubahan terbaru mengenai teknologi IT terkini.
Wednesday, April 15, 2009
Pengenalan PD Parit Mahang.
Tempat penduduk kampung Parit Mahang dan sekitar menimba Ilmu Pengetahuan.Dimana setiap hari lebih Kurang 20 orang komuniti mengunjungi PD ini bagi menambah Ilmu dan mendapat Info terbaru dari sini.Dimana 5 kampung berhampiran hanya Kampung Parit Mahang yang disediakan Perpustakaan Awam.Pembantu PD sekarang adalah Puan Yusjalila bte Mat Khamis.Penduduk tempatan Kampung Parit Mahang.Oleh yang demikian tiada masaalah bagi beliau untuk berkomunikasi terhadap penduduk sekitarnya.
Tuesday, March 24, 2009
+of+IMG_0321.jpg)



Dikampung Parit Mahang segi Pendidikan terdapat Sekolah Kebangsaan Parit Mahang,Sekolah Agama Nurul Huda dan 2 Buah Tabika Kemas.Pelajar di Sekolah Kebangsaan di anggarkan seramai 400 orang.Walaupun bilangan Pelajar yang kurang tapi Guru yang mengajar dengan tekun agar murid-murid berjaya hingga ke menara gading.
Dicatat oleh PPIK PARITMAHANG SELANGOR. di 4:20 PM 2 ulasan
Label: PENDIDIKAN
Subscribe to:
Posts (Atom)

+of+IMG_0313.jpg)
+of+IMG_0312.jpg)

+of+IMG_0309.jpg)
+of+IMG_0310.jpg)
