Thursday, April 30, 2009

PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA ( PKK )

Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu Penduduk Kampung menambah pendapatan hasil dari pembelajaran yang mereka pelajari dari Guru Kelas PKK .Dimana Kelas PKK ini juga banyak juga kelebihannya , dimana setiap tahun pihak KEMAS akan menyediakan kursus-kursus yang sesuai mengikut individu itu sendiri secara PERCUMA,setiap peserta yang dipilih mengikuti kursus tersebut akan diberi alaun untuk berapa hari mereka megikutinya.

KELAS SEDANG BERJALAN

Kelas ini untuk sementara ditempatkan di rumah En.Zailan ,sehingga bangunannya didirikan,masih dalam perancangan.Kelas ini beroperasi setiap bulan ,pada hari Khamis minggu pertama dan kedua.Sambil mengikuti kelas saya juga mengambil kesempatan memperkenalkan komputer dan bagaimana melayari internet untuk menarik minat terutama surirumah.Dengan demikian mereka juga dapat memahami akan perubahan terbaru mengenai teknologi IT terkini.


Wednesday, April 15, 2009


Pengenalan PD Parit Mahang.


Tempat penduduk kampung Parit Mahang dan sekitar menimba Ilmu Pengetahuan.Dimana setiap hari lebih Kurang 20 orang komuniti mengunjungi PD ini bagi menambah Ilmu dan mendapat Info terbaru dari sini.Dimana 5 kampung berhampiran hanya Kampung Parit Mahang yang disediakan Perpustakaan Awam.Pembantu PD sekarang adalah Puan Yusjalila bte Mat Khamis.Penduduk tempatan Kampung Parit Mahang.Oleh yang demikian tiada masaalah bagi beliau untuk berkomunikasi terhadap penduduk sekitarnya.














Ini adalah Pembantu Pembersihan dan Pencucian PD Parit Mahang.Puan Ngadiah bte Juwahir, berumur 45 Tahun.Beliau baru sahaja mula bertugas pada 14 April 2009.Dalam satu hari beliau diberi kerja pembersihan luar dan dalam selama 2 jam sahaja.